
Puasa dah tiba lagi. Kalau diikutkan masa post ni ditulis, malam ni secara rasminya akn mula solat tarawih dan luse kena bangun awal pagi untuk bersahur. Seboleh-bolehnya aku nak puasa kali ni jadi puasa yang betul2 puasa yang diterima oleh Allah. Kalau boleh aku tak nak buat bnde2 yg bleh kurang phala puasa aku macam mngata orang, tingkah laku buruk n lain2. Siapa tak nak puasa die diterime ye dak?
Harap penyebaran benda2 macam ni dapat sdikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam diluar sana. InsyaAllah.
Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa

Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala
Lafaz niat puasa (harian)

Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala
Doa Berbuka Puasa

Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.
Doa Selepas Berbuka Puasa

Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.
Dikesempatan ini jugak aryfays ingin mngucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia terutamanya pembaca blog ni sendiri. Mintak halal dan mintak ampun jgn doa buruk2 sbb dah nak puasa ni. Kang ade je yang batal puasa nanti kang rugila sangat2. Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa niat serta doa2 ni semua sbb inilah yang akn dibaca pada tiap2 hari bulan ramadhan ini InsyaAllah.
Apa-apa pun….mintak dipermudahkan perjalanan tarawih malam ni. Aminn.
No comments:
Post a Comment