Tuesday, August 2, 2011

Panduan Untuk Menyambut Ramadhan n Berpuasa


Ramadhan Bulan Penuh Keberkatan
Dibawah ini adalah beberapa perkara yang sempat saya catatkan untuk peringatan bersama.
Pertamanya, perlu kita faham bahawa, Ramadhan ini bolehlah dikatakan bulan paling istimewa dan paling mulia antara bulan-bulan Islam yang lain. Mukjizat terbesar Nabi SAW iaitu Al-Quran pun, telah diturunkan dalam bulan Ramadhan. Di dalam bulan Ramadhan terdapat pelbagai fadhilat dan kelebihan yang harus dikejar oleh setiap umat Islam bagi mempertingkatkan kualiti keimanan dan ketaqwaan.
Berikut ini adalah beberapa panduan dan peringatan bagaimana cara kita menyambut Ramadhan mengikut apa yang diajarkan oleh Nabi SAW.
Firman Allah Subhanahu wa Ta‘ala:
“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas mereka yang terdahulu daripada kamu, moga-moga kamu bertaqwa.” (al-Baqarah 2:183)

1. Jadikan Ramadhan sebagai bulan latihan kerohanian.
Di dalam bulan puasa seorang Islam dilatih mengawal diri daripada berlebih-lebihan, seperti mengawal diri daripada keinginan memuaskan syahwat (di siang hari). Mengawal diri juga memiliki banyak faedah baik dari aspek kesihatan maupun ke arah kerohanian. Di antara faedahnya adalah seorang Muslim akan merasai kelaparan yang dilalui oleh seorang Muslim lain yang tidak memiliki makan atau minum yang mencukupi sebagaimana yang dihadapi oleh saudara-saudara kita di Afrika.
Jadi, mari kita azam dalam diri masing-masing, untuk menjalani ibadah puasa dengan sebaik mungkin, mengawal nafsu syahwat dan melakukan banyak kebaikan. Latihlah diri untuk mengawal hawa nafsu dan perangai buruk kita sepanjang bulan ini.

2. Rebutlah Lailatul-Qadar, malam seribu bulan yang dijanjikan.
Di dalam bulan Ramadhan terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu malam sebagaimana firman-Nya:
“Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar, Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu? Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. ” (al-Qadr 97:1-3)
Allah dah berikan peluang merebut malam seribu bulan ini kepada kita hanya dalam bulan Ramadhan, jadi jangan kita sia-sia kan peluang ini. Marilah kita memperbanyakkan ibadah dan bermunajat kepada Allah SWT dengan sungguh-sungguh pada bulan Ramadhan ini.

3. Berpuasa dengan bersungguh-sungguh dan penuh keimanan, mohonlah keampunan daripada Allah terhadap dosa-dosa yang telah kita lakukan.
Allah berjanji akan mengampunkan dosa-dosa yang lepas bagi mereka yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keazaman.
Abu Hurairah radhiallahu ‘anh berkata, Rasulullah SAW bersabda:
“Barangsiapa yang berpuasa dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh Allah mengampun dosa-dosanya yang telah lalu, dan barangsiapa yang bersolat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh iman dan berazam bersungguh-sungguh, Allah mengampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.”

4. Kawal diri daripada perbuatan mengumpat (ghibah), mengadu, berbohong dan mendengar perkara-perkara hiburan.
Jauhi perkara yang sia-sia (laghoo). Sebaliknya perbanyakkan membaca Al-Quran, berzikir kepada Allah, bersedekah dan bersungguh-sungguh di dalam melakukan amal ibadat khusus pada 10 terakhir bulan Ramadhan.

5. Sabar ke atas kecaman, umpatan atau musibah yang menimpa.
Rasulullah SAW mengajar kita bahawa pada hari Ramadhan, jika seseorang menyakitkan hati atau mencela kita maka katakanlah: “Sesungguhnya aku sedang berpuasa… sesungguhnya aku sedang berpuasa.”

6. Jangan bergosip atau sibuk memperkatakan hal-hal orang lain yang sia-sia.
Jagalah diri daripada mengumpat dan mengadu domba (gossip) kerana ia adalah perbuatan yang diharamkan secara mutlak sama ada di dalam bulan Ramadhan atau selain Ramadhan. Lebih-lebih lagilah dalam bulan Ramadhan, memang hukumnya adalah lebih berat dan diberi penekanan.

7. Sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan membantu sesama Muslim, terutamanya dalam hal melakukan kebaikan kepada keluarga sendiri.
Kita sangat-sangat disarankan untuk sentiasa berniat untuk melakukan kebaikan dan menjaga kebajikan serta saling membantu sesama Islam dalam menyelesaikan masalah.
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:
Sesiapa yang tidak memikirkan urusan umat Islam maka tidaklah dia termasuk golongan mereka.
Dalam bulan Ramadhan ini, kita sangat-sangat dianjurkan mengambil tahu hal ehwal keluarga kerana mereka itu adalah amanah dan bebanan (tanggung-jawab) kita.

8. Lipatgandakanlah amal ibadah kepada ALLAH sepanjang bulan Ramadhan.
Antara amalan-amalan yang perlu kita utamakan ialah ;
• Menjaga solat berjemaah bagi lelaki di masjid, dan bagi wanita pula banyakkan menghadiri majlis ilmu.
• Menghadiri solat tarawih khasnya bagi lelaki dan tiada larangan bagi kehadiran wanita (di masjid) jika mereka ingin melakukan solat dan kepada mereka terdapat ganjaran.
• Memelihara solat malam (qiamullail) dan tahajjud setelah pertengahan malam bagi lelaki dan wanita yang berkemampuan di dalam rumah.
• Beriktikaf untuk beberapa malam di bulan Ramadhan di masjid bagi lelaki tanpa menyebabkan gangguan di dalam kewajipan seharian khususnya bagi mereka yang mencari rezeki.
• Memelihara pembacaan Al-Quran dan menggunakannya sebagai zikir harian. Pembacaan Al-Quran sekurang-kurangnya hendaklah setiap hari sehinggalah tamat keseluruhannya.
• Memperbanyakkan sedekah dan mengeluarkan zakat kepada orang-orang fakir, miskin, orang yang memerlukan, mereka yang berjihad di jalan Allah dan sumbangan kepada projek yang baik bagi kegunaan orang Islam seperti pembaikan masjid, pusat rawatan orang-orang tua, sekolah-sekolah dan lain-lainnya.
• Merapatkan silaturahim dan memperbanyakkan ziarah di dalam bulan Ramadhan.
• Dilarang melakukan kejahatan dan keburukan terhadap orang Islam secara umum dan jiran-jiran secara khusus. Pesan Rasulullah SAW:
“Seorang muslim ialah orang yang selamat lidah dan tangannya terhadap muslim yang lain.”

Sunday, July 31, 2011

Niat Puasa Ramadhan, Doa Berbuka Puasa Dan Doa Selepas Berbuka.


Puasa dah tiba lagi. Kalau diikutkan masa post ni ditulis, malam ni secara rasminya akn mula solat tarawih dan luse kena bangun awal pagi untuk bersahur. Seboleh-bolehnya aku nak puasa kali ni jadi puasa yang betul2 puasa yang diterima oleh Allah. Kalau boleh aku tak nak buat bnde2 yg bleh kurang phala puasa aku macam mngata orang, tingkah laku buruk n lain2. Siapa tak nak puasa die diterime ye dak?

Harap penyebaran benda2 macam ni dapat sdikit sebanyak membantu dari aspek memudahkan ibadah puasa umat Islam diluar sana. InsyaAllah.


Niat Puasa Ramadhan
Lafaz niat untuk sebulan puasa




Sahaja aku berpuasa keseluruhan bulan Ramadhan kerana Allah Ta”ala

Lafaz niat puasa (harian)




Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Doa Berbuka Puasa



Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa dan dengan Engkau beriman aku dengan rezeki Engkau aku berbuka dengan rahmat Engkau wahai yang Maha Pengasih dan Penyayang.

Doa Selepas Berbuka Puasa



Ya Allah! Kerana Engkau aku berbuka puasa dan kepada Engkau aku beriman dan atas rezeki dari Engkau aku berbuka puasa telah hilang dahaga sudah menjadi basah segala urat. Ya Allah! Aku minta diampuni dosaku dengan rahmat Engkau yang meliputi segala sesuatu.



Dikesempatan ini jugak aryfays ingin mngucapkan selamat berpuasa kepada seluruh umat islam di seluruh dunia terutamanya pembaca blog ni sendiri. Mintak halal dan mintak ampun jgn doa buruk2 sbb dah nak puasa ni. Kang ade je yang batal puasa nanti kang rugila sangat2. Selamat menjalani ibadah puasa dan jangan lupa niat serta doa2 ni semua sbb inilah yang akn dibaca pada tiap2 hari bulan ramadhan ini InsyaAllah.

Apa-apa pun….mintak dipermudahkan perjalanan tarawih malam ni. Aminn.

Tuesday, June 7, 2011

Sedar dan Fikirkan la Rakyat Semua

kata-kata ni aku ambik dari seorang Reservoir Engineer..Dia terangkan semuanya dalam ni..
"biar saya terangkan sebagai Reservoir Engineer di National Oil Company negara ini...Minyak tidak akan habis, cuma semakin sukar dan mahal sahaja kos untuk memperolehinya. Reserves untuk 1P selalunya paling accurate dapat estimate untuk jangka masa 15 tahun sahaja. Kerana itulah dari tahun 1990-an sampai sekarang kerajaan selalu sebut minyak malaysia cuma bertahan dalam masa 15 tahun.

Ini kerana definisi reserves itu sendiri untuk capai 90% probability ialah 15 tahun. Kita tidak tahu apa yg ada di bawah tanah, cuma mampu menduga berdasarkan teori Darcy's law, Fluid Mechanic dan paling hebat pun sekarang adalah dynamic simulation model.

Semuanya tidak tepat, dan hanya Allah Maha Mengetahui. Oleh itu, jgn risau, minyak tidak akan kehabisan di malaysia mahupun di mana sahaja di muka bumi ini.

Cuma cara mendapatkannya semakin mahal dan semakin tinggi teknologi diperlukan. Itu lah adilnya Allah, kerana manusia semakin lama semakin bijak dan teknologi semakin canggih.

Saya bagi contoh, dahulu di Malaysia hanyalah di perairan cetek sahaja mampu keluarkan minyak. Perairan cetek adalah purata dalam air laut 100m.

Sekarang teknologi semakin maju, terbaru ada Kinabalu Deep Water, iaitu kedalam air mencecah 500m. Dan pelantar minyak baru bakal dibuat dengan penemuan reservoir (takungan) minyak terbaru di Sabah...

Masalah Malaysia miskin, tak cukup minyak dan rakyat melarat bukan kerana PETRONAS atau minyak mentah kurniaan Allah...Tetapi adalah kerana pemimpin penyangak dacing dan Umeno yg mengikis duit rakyat dan harta negara....Mereka serahkan semuanya pada kroni.

Terbaru, helicopter westar mengangkut orang ke platform minyak di semananjung telah diambil alih oleh syarikat milik rosmah....tambang helicopter satu jalan dinaikkan darpada Rm4000 kepada RM6000....

Itulah salah satu punca rakyat miskin, kerana hasil bumi habis disonglap oleh dacing laknatullah dgn pelbagai cara...."
sekarang terpulanglah kepada kita untuk menilainya..
fikir2kanlah..kalau anda betol2 cerdik...

Sunday, May 8, 2011

Lirik Lagu Cun Selalu Remy Ishak dan Maya Karin (OST Cun)

Aku Suka Bila Kau Ketawa
Kau Buat Aku Senyum Ke Telinga

Aku Suka Bila Kau Tersipu
Merah Muka Hendak Sembunyi Malu

Aku Disini Dengan Kamu
Kalau Boleh Biar Selalu
Kerna Kau Kini Ada Dalam Hatiku

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata
Kita Berdua Sama Saja
Hanya Ingin Cari Bahagia
Aku Jumpa Waktu Kita Bersama

Buangkan Tisu Basah Airmata
Pimpin Tanganku Untuk Selamanya

Jangan Biarkan Hati Kamu Resah
Kasih Aku Temu Percayalah

Hanya Kau & Aku Sentiasa
Pedulikan Apa Orang Kata

Kau Dalam Diri Ku Selalu }
Engkaulah Yang Aku Mahu } 2x

Hanya Ingin Bersamamu… } 4x
Hanya Ingin Bersama Kamu….



ost cun

Tuesday, April 5, 2011

bola sepak

bola sepak adalah berbentuk sfera..
tapi ramai yang cakap bola itu bulat..
salah tu..
mungkin ramai yang x kenal bentuk kot..
dalam dunia ni banyak pasukan yang bermain bola sepak, ad team yang pro, semi pro, amatur dan juga banyak lagi..
kerana bola sepak juga seseorang atau pasukan atau penyokong boleh menjadi emosi..